i-Great Damai

i-Great Damai

Menjalani kehidupan sepenuhnya ialah mencapai impian hidup anda sebanyak mungkin. Anda inginkan peluang untuk merealisasikan matlamat tersebut dan pada masa yang sama sentiasa dilindungi dari segi kewangan dan perubatan. i-Great Damai menawarkan gabungan penyelesaian takaful yang boleh menjadikannya satu realiti.

Manfaat-manfaat Utama

Fleksibiliti untuk memilih tahap perlindungan dan caruman

Memilih tahap perlindungan dan caruman adalah terpulang kepada anda. Mulakan dengan amaun caruman yang kecil dan tambah-nilai kemudiannya mengikut perubahan keperluan anda.

Manfaat Pengurusan Pengebumian

Jika anda meninggal dunia, keluarga anda akan menerima bayaran RM2,000 sekaligus untuk menampung perbelanjaan pengebumian.

Manfaat Matang

Apabila matang, 100% jumlah nila di dalam PUA (jika ada) akan dibayar sekaligus.

  Dapatkan ganjaran dengan lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan

Anda akan menerima sebarang lebihan pengunderaitan (jika ada) daripada Dana Tabarru’ akan dikongsi di antara peserta dan Pengendali Takaful. 100% daripada keuntungan pelaburan (jika ada) akan dikreditkan semula ke dalam PUA.

Tingkatkan perlindungan anda

Dapatkan i-Great Damai yang khusus untuk anda dengan perlindungan-perlindungan tambahan. Jika anda ingin tambah perlindungan untuk perubatan, penyakit kritikal atau penyumbang, rider-rider berikut boleh dipilih: