i-Great Mega

mega-photo

i-Great Mega

Menguruskan pelbagai komitmen dalam kehidupan kita adalah asas kepada kesejahteraan hidup dan kejayaan profesional. Ini termasuk cita-cita peribadi, keutamaan kewangan, dan matlamat jangka panjang.

Pastikan anda berada di landasan gaya hidup yang selesa dengan i-Great Mega. Pelan perlindungan kami boleh membantu meningkatkan simpanan serta mencapai impian hidup anda dengan hanya sedikit perancangan dan disiplin.

Manfaat-manfaat Utama

time-pic
Manfaat Kesetiaan

Pilih tempoh caruman 10 tahun atau 20 tahun untuk perlindungan selama 30 tahun.

Anda akan menerima dalam Akaun Unit Peserta (PUA) jumlah bersamaan peratusan tertentu daripada jumlah caruman tahunan asas pada akhir setiap tahun kelima pembayaran sijil.   Peratusan Manfaat Kesetiaan boleh meningkat sebanyak 40%.

money-pic
Jumlah Perlindungan Asas yang tinggi

Sertai pelan ini dan dapatkan Jumlah Perlindungan Asas minimum bermula dari RM500,000.

matang-pic
Manfaat Matang

Pada tarikh kematangan sijil, anda akan menerima sebarang jumlah dalam PUA, sekiranya ada.

icon_tick Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) atau Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian sebelum tempoh matang sijil, atau sekiranya anda mengalami HUPK sebelum mencapai umur 70 tahun hari lahir berikutnya, sejumlah manfaat akan dibayar secara sekaligus yang merangkumi:

Jumlah Perlindungan Asas; atau

Jumlah di dalam Akaun Unit Peserta

Mana-mana yang tertinggi

Nota: Apabila berlakunya HUPK, anda akan menerima sejumlah wang mengikut peruntukan HUPK yang tertera di sijil yang akan digunakan ke arah memenuhi perbelanjaan hilang upaya anda.

icon_tick Manfaat Ihsan

Waris anda akan menerima wang ihsan sejumlah RM2,000 sekiranya anda meninggal dunia