i-Medik Asas Rider

i-Medik Asas Rider

Gaya hidup anda adalah unik, begitu juga keperluan perubatan anda. Nikmati semua manfaat dengan pelan mampu milik yang direka khusus untuk memenuhi rawatan perubatan mengikut pilihan anda dengan pelbagai manfaat.

Manfaat-manfaat Utama

Had seumur hidup sehingga RM800,000

Yakinlah bahawa anda boleh meneruskan rawatan yang diperlukan dengan had seumur hidup yang tinggi.

Manfaat Pembedahan Harian

Dengan perkembangan konsep jagaan pembedahan harian dan kadar penggunaan yang meningkat di hospital, prosedur pembedahan lebih mudah didapati bagi mereka yang inginkannya tanpa menginap di hospital terlalu lama.

Bantuan perubatan kecemasan di mana sahaja serata dunia

Manfaat ini memberi keyakinan kepada anda untuk melancong serata dunia kerana anda layak menerima bantuan perubatan kecemasan di seluruh dunia. Anda akan mendapat bantuan yang diperlukan di mana anda berada.

Dapatkan pendapat kedua untuk membuat keputusan perubatan

Dapatkan  pendapat kedua daripada institusi perubatan yang diluluskan untuk mendapatkan perspektif dan maklumat baru.