i-Great Amal

i-Great Amal

Tunaikan ibadah Haji dan Umrah anda tanpa kebimbangan tentang keperluan kewangan dan perlindungan anda. i-Great Amal menyediakan tunai untuk mengerjakan Haji atau Umrah. Kami juga menyediakan khidmat Badal Haji untuk memastikan ibadah Haji anda dipenuhi dan membantu anda dengan manfaat Adha (Qurban).

Manfaat-manfaat Utama

Perlindungan berganda ketika anda menunaikan Haji atau Umrah

Kami memberikan perlindungan berganda jika anda meninggal dunia atau berlaku TPD semasa mengerjakan ibadah Haji atau Umrah anda. Itu bermaksud dua kali ganda jumlah perlindungan asas.

Manfaat Ihsan

Jika anda meninggal dunia, keluarga anda akan mendapat bayaran RM2,000 sekaligus sebagai manfaat ihsan untuk menampung perbelanjaan pengebumian.

Bantuan kewangan ketika menunaikan Haji atau Umrah

Terima RM800 (sekali sahaja) untuk membantu anda dengan perbelanjaan Haji atau Umrah. Selain itu, anda juga akan menerima Manfaat Adha bernilai RM500 untuk membantu anda melakukan Qurban.

 Badal Haji

Peroleh ketenangan dengan mengetahui bahawa ibadah Haji anda akan ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau berlaku TPD. Kami akan melantik badan atau organisasi untuk melakukan Badal Haji untuk anda.

Tingkatkan perlindungan anda

Dapatkan i-Great Amal yang khusus untuk anda dengan perlindungan-perlindungan tambahan. Jika anda ingin tambah perlindungan untuk perubatan, penyakit kritikal atau penyumbang, rider-rider berikut boleh dipilih: