i-Great Idaman

i-Great Idaman

Menyimpan boleh mendatangkan hasil jika anda lakukannya secara konsisten. Dengan i-Great Idaman, tingkatkan simpanan anda dan pada masa yang sama mendapat perlindungan yang diperlukan untuk perancangan hidup anda. Nikmati bayaran tunai tetap setiap 2 tahun untuk memenuhi matlamat-matlamat hidup anda atau laburkan bayaran tunai tersebut dengan kami dan terima 100% keuntungan pelaburan hasil daripada pelaburan anda dan penuhi impian hidup yang lebih bermakna.

Manfaat-manfaat Utama

Bayaran tunai tetap

Terima bayaran Tunai setiap dua tahun, bermula pada hujung tahun kedua sijil.

Ganjaran untuk anda

Anda akan menerima sebarang amaun di dalam Akaun Individu Peserta (PIA) apabila matang. Selain itu, sebarang lebihan pengunderaitan yang terhasil daripada Dana Tabarru’ akan dikongsi di antara peserta dan Pengendali Takaful.

Perlindungan fleksibel

Tempoh bayaran caruman adalah bergantung kepada keperluan perlindungan dan kemampuan kewangan.

 Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)

Jika berlaku kematian atau HUPK, orang disayangi akan menerima amaun manfaat untuk melindungi mereka daripada kesulitan kewangan.