Suit i-Medik Rider

i-Medik memberi ganjaran jika kesihatan anda baik dan membantu anda jika berlaku kecemasan perubatan

Untuk menjalani kehidupan anda sepenuhnya, anda perlu manjaga kesihatan anda. Namun, penyakit, kemalangan dan lain-lain halangan perubatan boleh menghalang perancangan masa depan anda – melainkan anda bersedia menghadapinya dari segi kewangan. Suit i-Medik direka khas untuk memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan membantu anda jika diperlukan.

Manfaat-manfaat Utama

i-Medik Rider

Menyediakan perkongsian kos untuk bil perubatan anda dan kenaikan had tahunan 10% setiap 3 tahun serta bantuan kecemasan perubatan serata dunia.

i-Medik Xtra Rider

Menyediakan perlindungan penuh untuk bil perubatan anda serta 2X jumlah untuk HUPK dan Kematian yang disebabkan kemalangan. Juga memberi perlindungan terhadap penggantian Kanta Intraokular disebabkan pembedahan katarak.

i-Medik Plus Rider

Dapatkan tambahan 90 hari untuk rawatan lanjutan. Anda juga akan menerima manfaat harian bagi penjaga serta kenaikan elaun tunai harian.

Pilihan sehingga 5 pelan

Pilih pelan perubatan yang bersesuaian dengan kemampuan anda untuk menerima penjagaan perubatan yang anda perlukan.

Manfaat-manfaat penjagaan kesihatan yang komprehensif

Dengan kad perubatan, urusan kemasukan hospital anda menjadi mudah dan anda mendapat perlindungan untuk pelbagai keadaan perubatan termasuk rawatan sebelum dan selepas kemasukan hospital, rawatan kanser pesakit luar dan rawatan dialisis buah pinggang serta banyak lagi.