# Penasihat Syariah

Dalam masa 5 tahun sahaja, Great Eastern Takaful telah berjaya menempa nama dalam industri kewangan Islam. Kenali mereka yang menerajui perniagaan kami.

DR AKHTARZAITE ABDUL AZIZ

Penolong Profesor Dr. Akhtarzaite Abdul Aziz dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada November 2010 dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah pada Oktober 2016.

DR MOHAMAD SABRI ZAKARIA

Penolong Profesor Dr. Mohamad Sabri Zakaria dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada November 2010. Beliau adalah Ketua Jabatan Fiqh & Usul Al-Fiqh, Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, IIUM.

DR SITI SALWANI RAZALI

Profesor Madya Dr. Siti Salwani Razali menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad sejak 1 Julai 2011. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Undang-undang Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia.

YBHG. PROFESSOR DATO’ DR WAN SABRI WAN YUSOF

Dr. Wan Sabri dilantik menganggotai Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada November 2010. Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan Ijazah Sarjana Sastera daripada Temple University, USA (pengkhususan dalam perbandingan agama).

DR. SUHAIMI AB RAHMAN

Dr. Suhaimi Ab Rahman dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Januari 2017. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah OCBC Al-Amin Bank Berhad dan Exim Bank Malaysia.

DR. MOHAMMAD FIRDAUS MOHAMMAD HATTA

Dr. Mohammad Firdaus Mohammad Hatta dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah Great Eastern Takaful Berhad pada Januari 2017. Beliau adalah seorang Pensyarah Kanan Arshad Ayub Business School Siswazah, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)…